Wednesday, August 11, 2010

tears coming when i read this...

Dari Anas bin Malik R. Meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Pada hari Kiamat manusia berlari antara satu sama lain.

Maka mereka datang kepada Hadzrat Adam A.S dan berkata: Berilah syafaat untuk kami kepada Tuhanmu.

Dia berkata: Aku bukanlah ahliNya, pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim A.S. Dia adalah kekasih Allah SWT.

Kemudian mereka dtg kepada Nabi Ibrahim, dan beliau berkata: Aku bukanlah ahliNya tetapi kamu pergilah kepada Nabi Musa A.S kerana dialah Nabi yg berkata-kata terus kepada Allah SWT.
Mereka berlari kepada Musa A.S dan Nabi Musa berkata: Aku bukanlah ahliNya, pergilah kamu kepada Nabi Isa A.S kerana dia adalah Ruuhullah dan KalimatNya, namun dia juga berkata: Aku bukanlah ahliNya. Pergilah kamu kepada Muhammad S.A.W.

Maka mereka datang kepada ku dan aku katakan kepada mereka bahawa akulah yang berhak untuk member syafaat. Aku meminta izin kepada Tuhanku dan akhirnya diizinkan. Kemudian Dia mengilhamkan kepada ku untuk memujiNya dan aku memuji dengan pujian dan kalimat- kalimat yang diilhamkanNya.
Akhirnya aku bersujud kepadaNya. Maka dikatakan : wahai Muhammad S.A.W, angkatlah kepalamu dan perkatakanlah, permohonanmu akan didengar, mintalah kamu akan diberi. Berilah syadaat! Syafaatmu akan diterima.

Maka aku berkata: wahai Tuhanku (kasihanilah) umatku! (Kasihanilah) umatku! Allah SWT berfirman: pergilah, keluarkanlah daripadanya sesiapa sahaja yang mana di dalam hatinya terdapat iman sebesar biji gandum.

Maka akupun pergilah mentaati apa yang telah diperintahkan (mengeluarkan mereka dari api neraka) Kemudian aku mengulangi lagi dengan memuji Allah SWT dengan pujian-pujian itu, kemudian aku bersujud dihadapanNya.

Maka Allah SWT berfirman: wahai Muhammad! Angkatlah kepalamu, katakanlah perkataan mu akan didengar, dan mintalah kamu akan diberi, dan berilah syafaat, syafaat kamu akan diterima.
Maka aku berkata: wahai Tuhanku! (Kasihanilah) Umatku! (kasihanilah) Umatku!

Allah SWT berfirman: pergilah dan keluarkanlah daripadanya sesiapa sahaja yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar zarah ataupun biji sawi.

Kemudian akupun pergilah dan berbuat apa yang diperintahkanNya. Kemudian aku mengulangi lagi dengan pujian-pujian itu, kemudian aku akhiri dengan bersujud kepada Nya. Allah SWT berfirman: Wahai Muhammad angkatlah kepalamu! Perkatakanlah, perkataanmu akan didengar, mintalah kamu akan diberi, dan berilah syafaat, syafaat kamu akan diterima.

Maka aku berkata: wahai Tuhanku! (Kasihanilah) Umatku! (kasihanilah) Umatku!
Allah SWT berfirman: pergilah dan keluarkanlah daripadanya sesiapa sahaja yang mempunyai iman di dalam hati mereka lebih kecil, lebih kecil, lebih kecil daripada biji sawi. Keluarkanlah dia daripada api neraka, dari api neraka, dari api neraka.

Maka pergilah dan aku lakukan apa yang diperintahkan. Kemudian aku ulangi pujian-pujian tersebut buat kali keempat, kemudian aku akhiri dengan bersujud.

Allah berfirman: Wahai Muhammad S.A.W! angkatlah kepalamu! Perkatakanlah, perkataanmu akan didengar, mintalah kamu akan diberi, dan berilah syafaat, syafaat kamu akan diterima.
Kemudian Aku berkata: wahai tuhanku! Izinkanlah aku member syafaat kepada mereka yang pernah mengucapkan kalimah ‘La ilaha illallah’.

Allah berfirman: Demi kerhormatanKu, Demi kemuliaanKu, Demi kesabaraKu dan Demi keagunganKu nescaya akan Ku keluarkan daripada api neraka sesiapa yang pernah mengucap ‘La ilaha illallah’.
(HR Bukhari)

Dalam satu riwayat yang lain: Dari Abu Said Al khudri R. Meriwayatkan bahawa Allah berfirman: Para malaikat telah member syafaat, nabi- nabi telah member syafaat, dan orang mukmin telah memberi syafaat. Tidak tinggal kecuali Ar- Hamarraa-himiin (Allah yang bersifat Penyayang dan Menunjukkan Kasih Sayang) Maka Allah memegang segenggam dari api neraka dan mengeluarkan daripadanya kaumku yang tidak pernah membuat kebaikan selama-lamanya yang telah menjadi arang.
Maka dicampakkan ke dalam sebuah anak sungai hayat (penghidupan), maka hiduplah mereka seperti benih-benih semaian di tepi sungai yang mengalir dipenuhi dengan baja, segar dan subur.
Mereka ini seperti mutiara yang putih bercahaya, dileher mereka terdapat kalung kalung emas yang dapat dikenal oleh ahli syurga. Mereka itulah orang yang dibebaskan oleh Allah dari api neraka dan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga tanpa amal dan tanpa kebaikan. Kemudian dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu semua ke dalam syurga. Apa yang kamu lihat itu adalah untuk kamu. Maka mereka semua berkata: Wahai Tuhan kami, Engkau telah member kepada kami sesuatu yang tidak pernah di beri kepada sesiapapun di alam ini.
Allah berfirman: bagi kamu disisiKu ada yang lebih baik dari ini. Maka mereka semua berkata: wahai tuhan kami, apakah sesuatu yang lebih baik dari ini? Allah berfirman: Ia adalah keredhaanKu, Aku tidak akan murka kepadamu selepas ini untuk selama-lamanya.
(HR Muslim)

Keterangan: Hadzrat Isa A.S dikatakan sebagai Ruuhullah dan Kalimaatullah ialah kerana beliau dilahirkan tanpa bapa, hanya hokum daripada Allah dengan kalimah ‘Kun’. Jibrail A.S diperintahkan oleh Allah meniup pada leher ibunya sehingga menjadi satu ruh dan jisim yang hidup. (Tafsir Ibn Katsir)


Buku: Muntakhab Ahadith
Bab: Kalimah Iman; Beriman Pada yang Ghaib.
Muka surat: 116